Categories: Trending

Semua Pasar Terbuka, Pagi, Malam, Bazaria Di Seluruh Negeri Kini Boleh Beroperasi

Khas buat para peniaga pasar pagi, malam dan bazaria serta foodtruck!

Dalam satu sidang media di Putrajaya, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua pasar terbuka, termasuk pasar pagi, pasar malam dan bazaria kini boleh mula beroperasi di seluruh negara dan tidak hanya tertakluk di Wilayah Persekutuan sahaja.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Wilayah Persekutuan semalam, hanya membentangkan prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun, katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengubah suai SOP berkenaan mengikut kesesuaian kawasan masing-masing.

“Kita bersetuju untuk menerima SOP terbabit dan tarikh yang dimohon iaitu, pada 15 Jun ini.

“Apabila saya umumkan pasar malam dan pasar pagi boleh dibuka, bermakna ia untuk seluruh negara termasuk yang berkaitan seperti ‘car boot sale’.

Walauapapun, korang mesti kena patuh SOP dan paling penting amalkan kebersihan. Buat para peniaga, semoga maju jaya dan selamatkan meneruskan perniagaan!

Sumber: Berita Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”