Trending By: Salma Syahbuddin February 10, 2020 @ 10:22am

Pelawak Popular Abam Bocey Meninggal Dunia

Pelawak popular yang juga anggota kumpulan Bocey iaitu Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi tadi.

Berita pemergian Abam telah dimaklumkan oleh adik beliau iaitu Ali setelah dimaklumkan oleh isteri abangnya itu awal pagi tadi.

Sumber : Google

“Isteri Abam, menghubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri”

Menurut Ali, sebaik sahaja dimaklumkan tentang berita berkenaan, beliau telah bergegeas ke rumah allahyarham dan mendapati beliau, sudah tidak bernafas.

Manakala menurut isteri Abam, Nor Hidayah,  perkara itu disedarinya apabila cuba mengejutkan Abam untuk bangun solat subuh , namun tiada tindak balas daripada Allahyarham.

” Pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh , namun tiada tindak balas” Katanya.

Terdahulu isteri Abam, Nor Hidayah memberitahu sebelum ini Allayarham pernah mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu selepas mengadu sakit kepala  dan mengalami demam  biasa. 

Sumber : Google

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia 5 bulan yang diberi nama, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Takziah Xtra ucapkan buat semua keluarga Allahyarham. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 11 Jul 2021

Benjy Meninggal Dunia Di Medan Akibat Asma

Pelakon Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, meninggal dunia akibat penyakit asma di sebuah hospital di Medan, Indonesia, pagi tadi. Khabar duka pemergian anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty ini tular dalam kalangan rakan […]

Featured Tue, 25 Oct 2022

[VIDEO] Adira Suhaimi Kongsi Wajah Anak Ke-4, Pilih Nama Ayub

Comelnya Ayub ☺️ Hidung mancung sangat tuu hehe

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Hiburan Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Mon, 11 Mar 2024