Categories: Trending

Pelitup Muka Bawah Dagu, Pakai Bukan Sekadar Cukup Syarat

Berkuatkuasa pada 1 Ogos lepas, mana-mana individu diwajibkan memakai pelitup muka atau bakal dikenakan denda sebanyak RM1,000.

Namun, masuk hari ketiga penguatkuasaan tersebut, masih terdapat segelintir masyarakat kita hari ini dilihat memakai pelitup muka sekadar untuk mengelak daripada dikenakan kompaun.

Pelitup muka dibawah dagu

Tinjauan mendapati, orang ramai akur dengan arahan tersebut tetapi, terdapat segelintir masyarakat yang tidak memakainya dengan betul apabila pelitup muka tersebut hanya diletakkan di bawah dagu.

Ini sekaligus mengundang kerisauan dikalangan masyarakat kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan mulut dan hidung terkena jangkitan bakteria, virus dan kuman.

Masyarakat suka ambil mudah

Selain itu, terdapat juga individu yang tidak memakai pelitup muka ketika duduk di perhentian bas Pasar Seni, namun memakainya sejurus menaiki bas.

Malah, ada individu yang merokok di perhentian bas dan meletakkan pelitup muka di sebelah tempat duduknya tanpa alas.

Bukan itu sahaja, masih ada yang datang ke restoran atau kedai makan dengan tidak mengamalkan penjarakkan sosial, memeriksa suhu badan dan meletakkan pelitup muka dibawah dagu atau langsung tidak memakai pelitup muka tersebut.

Jadi, diharap Masyarakat Malaysia khasnya jangan terus lalai, malas dan mengambil mudah dengan arahan dari pihak KKM mahupun MKN ini terutamanya, dalam memutuskan penularan Covid-19.

Salma Syahbuddin