Categories: Trending Hari Ini

Pemakaian Pelitup Muka Hanya Wajib Di Tempat Sesak Sahaja

Pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di tempat awam yang sesak dan tidak diwajibkan di kawasan luas dan ada penjarakan fizikal, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata antara tempat awam yang sesak ialah pasar awam, pasar tani, pasar malam dan pasar raya selain tempat tumpuan pelancong serta panggung wayang.

Namun begitu, katanya pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di dalam kenderaan sendiri dan semasa melakukan aktiviti fizikal.

“Semalam, tular di media sosial mereka yang di dalam kereta persendirian dikenakan tindakan, (ini)  tidak betul, kereta persendirian bukan kenderaan awam. Kalau dengan keluarga, kawan tempat kerja naik sekali setiap hari menumpang, tidak perlu ambil tindakan.

“Begitu juga tempat awam (tidak) sesak, padang bola adalah tempat awam, kalau ada penjarakan fizikal tidak perlu pakai mask (pelitup muka), kalau kawasan luas tidak diwajibkan tetapi pelitup muka digalakkan di mana-mana tempat sesak, tepi pantai kalau seorang takkan kena saman,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di bangunan Parlimen, hari ini.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover