Categories: Trending

Pembedahan Kali Kedua Berjaya, Ibnor Riza Masih Belum Sedarkan Diri

Penyanyi veteran Ibnor Riza dikhabarkan perlu menjalani pembedahan dengan kadar segera buat kali kedua kerana masih terdapat pendarahan di kepalanya.

Isteri kepada Ibnor, Sarimah Sulaiman meluahkan rasa syukur kerana operasi itu telah berjaya dilakukan pada Selasa.

Memetik laporan mStar, Ibnor bagaimanapun belum sedarkan diri.

“Apabila doktor lakukan imbasan, mereka dapati ada pendarahan dan air di bahagian kiri. Oleh sebab itu, pembedahan perlu dibuat segera,” ujarnya.

“Syukur pembedahan berjaya. Walaupun kesihatan kurang baik tetapi jantungnya kuat. Dia ditempatkan di wad biasa dan masih belum sedarkan diri,” katanya.

Isterinya meminta orang ramai mendoakan agar Ibnor kembali sedar dan sihat seperti sedia kala.

Untuk rekod, pada 2 Disember lalu, Ibnor dikejarkan ke pusat perubatan bagi menjalani pembedahan membuang air di bahagian kanan kepala.

Sumber : mStar

Syamir Shafie