Categories: Trending

Pemulihan Bekalan Air Perlahan, Penduduk Lembah Klang Sabar ya!

Proses pemulihan bekalan air di kawasan sekitar Lembah Klang sejak semalam berjalan lancar dan pulih secara berperingkat-peringkat, dengan Petaling, Kuala Lumpur dan Kuala Langat masih mencatatkan kadar pemulihan yang rendah. 

Menurut  Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), setakat pukul 7 pagi ini peratusan pemulihan berdasarkan jumlah keseluruhan akaun yang terkesan adalah sebanyak 73 peratus.

Dalam tempoh itu, peratusan pemulihan di kawasan Petaling, Kuala Lumpur dan Kuala Langat masing-masing pada kadar 47.5 peratus, 30.4 peratus dan 17.8 peratus. 

Bagi daerah Hulu Selangor, Klang dan Gombak, peratusan pemulihan masing-masing adalah 98.8 peratus, 85.5 peratus dan 77.8 peratus.

 

SGMS Faida