Categories: Trending

Pendakwah Selebriti Didakwa Hari Ini, Hukuman Penjara 20 Tahun, Sebatan Jika Terbukti Bersalah

Kes seorang pendakwah selebriti yang direman atas dakwaan rogol, cabul, dan melakukan seks luar tabii semakin hangat diperkatakan. 

Terbaru, pendakwah selebriti tersebut akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebentar lagi.

Baca artikel berkaitan:“Dakwaan S*ks Luar Tabii, R*gol, Cabul” – Pendakwah Selebriti Direman Lagi

Difahamkan dia juga akan didakwa di Mahkamah Shah Alam selepas selesai di Petaling Jaya hari ini.

Dia akan didakwa atas dua pertuduhan Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan manakala di Shah Alam lelaki akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, hukuman penjara selama 20 tahun dan sebatan akan dikenakan. 

Dalam perkembangan lain, setakat ini sebanyak sembilan laporan telah diterima oleh pihak polis berhubung kes salah laku pendakwah terbabit. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”