Categories: Trending

Sabah Kini Benarkan Kemasukan Para Pelancong Dari Brunei

Para pelancong dari Brunei kini dibenarkan memasuki negeri Sabah berkuatkuasa serta merta. 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata susulan kejayaan negara itu membendung penularan wabak COVID-19 sejak tujuh bulan lalu menjadi salah satu sebab kebenaran tersebut diumumkan.

Bagaimanapun, kesemua warganegara terbabit masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah.

“Pengembara dari negara tersebut juga akan tertakluk kepada syarat menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag tiga hari sebelum perjalanan sebagaimana yang ditetapkan dalam SOP PKPB Sabah” katanya menerusi sidang media maya di Kota Kinabalu pada Rabu.

Keputusan ini dilakukan kerana Negara Brunei Darussalam tidak termasuk dalam senarai 23 buah negara yang disekat kemasukan ke Malaysia dan setelah melihat kepada kejayaan negara itu mengekalkan sifar kes COVID-19 sejak tujuh bulan lalu.

Secara tidak langsung langkah ini juga dijangka dapat merancakkan sektor ekonomi negeri Sabah

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”