Categories: Trending

Kerajaan Kaji Kesesuaian Laksanakan Semula GST

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, kerajaan sedang mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau apa-apa model cukai kepenggunaan dengan mengambil kira semua aspek.

Ini termasuklah, aspek kelemahan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada serta sistem GST yang dilaksanakan pada 2015.

“Sebarang cukai baharu jika ada, perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan di samping dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara” katanya.

Kajian meliputi kesan ke atas ekonomi

Tambahnya lagi, kajian ini meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai terhadap harga barang dan keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap.

Manakala, sebarang cukai baharu perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan di samping dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Sumber : BH

Salma Syahbuddin