Categories: Trending

BPN 2.0 : Bayaran Untuk Rayuan & Permohonan Yang Lulus Akan Dibuat Pada…

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan kini sedang melaksanakan  proses semak silang permohonan baharu dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0).

Dan pembayaran bagi permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam Januari ini.

“Proses penunaian BPN 2.0 di Bank Simpanan Nasional (BSN) juga berjalan sejak 26 Oktober lalu,” katanya.

Bagi Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0, Tengku Zafrul memaklumkan, tempoh rayuan GKP 2.0 dibuka mulai minggu ini dan ia boleh dibuat secara dalam talian ATAU menerusi laman web tersebut gkp.hasil.gov.my.

Manakala, Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) di bawah pakej Kita Prihatin, beliau menjelaskan, setakat 27 November, sejumlah RM239.73 juta dibelanjakan bagi membantu 39,203 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan seramai 307,420 pekerja.

Dan, adalah diingatkan bahawa permohonan baru bagi PSU 2.0 masih dibuka kepada majikan sehingga 31 Disember 2020,

Salma Syahbuddin