Categories: Trending

Nafi Vaksin Keluaran China Tidak Selamat – KKM

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menolak dakwaan kononnya vaksin yang dikeluarkan oleh negara China adalah tidak selamat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, China mempunyai banyak pengalaman berhubung pengeluaran vaksin di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

” Dakwaan sebuah akhbar itu tidak benar dan ini merupakan satu informasi yang kurang tepat kerana mereka (China) telah mengeluarkan pelbagai jenis vaksin untuk pelbagai penyakit,” katanya pada sidang media harian KKM pada Rabu.

12 vaksin masih dalam fasa ketiga kajian

Tambahnya lagi, buat masa ini terdapat 12 vaksin yang perlu diteliti di samping melihat kepada tahap keberkasanannya.

Bagaimanapun, tempoh penggunaan vaksin tersebut perlu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Penyelidikan Etika Perubatan sebelum ianya selamat untuk digunakan.

Untuk mengetahui maklumat terkini berhubung isu vaksin dan SOP berhubung Covid-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama, TV3.

Sumber : BH

Salma Syahbuddin