Trending By: Padin March 31, 2021 @ 1:51pm

Pengalaman Kena Tipu Naikkan Semangat Rapper Baru Killa Driz

Banyak pengalaman yang dilalui oleh penyanyi baharu, Killa Driz, 22, saat bergelumang dalam industri muzik indie sejak berusia 15 tahun.

Pelbagai kisah pahit manis dirasai sendiri olehnya sehingga akhirnya mematangkan dirinya.

Membuat persembahan tanpa bayaran, ditipu orang-orang terdekat dan pelbagai perkara kurang manis terkena pada batang hidungnya sendiri sedikit sebanyak mematangkan dirinya.

Mengumpulkan segala rasa dan perasaan tersebut, Killa Driz menyusun baik segala-galanya ke dalam lagu Siapa Tahu yang berentak hip-hop.

“Saya buat sendiri lagu ini pada tahun lalu. Sebenarnya idea ini datang daripada kisah yang pernah dilalui sendiri selama ini. Banyak sangat peristiwa yang kurang manis bermain di fikiran dan saya fikir lebih baik dijadikan sebuah karya.

“Sudah tentu saya bersyukur kerana akhirnya dapat menyiapkan Siapa Tahu yang menceritakan tentang isi hati dan perjalanan hidup saya selama ini. Harapnya semua sudi menerima karya ini,” katanya.

Bercerita apa yang sebenarnya terjadi kepadanya, Killa Driz mengakui sudah merasai pelbagai kisah saat bergelumang di dalam scene indie sebelum ini.

Paling berbekas di hati anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik ini apabila ditipu oleh promoter selepas membuat persembahan tanpa sebarang bayaran.

Tak cukup dengan itu, undangan persembahan juga pernah dibatalkan saat akhir meskipun sudah berada di tempat kejadian.

“Apabila mereka dapat penyanyi lain yang lebih besar nama hadir, mereka pangkah nama saya disebabkan tidak ada nama.

“Ini sudah biasa berlaku kepada saya dan kawan-kawan yang lain. Bila dikenangkan semula semua itu, ia memang pengalaman yang mematangkan saya.

“Itu belum dikira kisah orang mengambil kesempatan dan sebagainya. Sebab itu saya tulis lagu Siapa Tahu berdasarkan pengalaman tersebut dan berharap dapat memberikan sesuatu kepada pendengar,” tambahnya lagi.

Mengakui lagu tersebut masih mengekalkan sentuhan indie sebelum beralih sepenuhnya kepada mainstream, Killa Driz berharap karya tersebut akan diterima baik oleh peminat indie dan tidak juga terlaku asing untuk pendengar secara keseluruhannya.

Menjadikan beberapa nama besar seperti Joe Flizzow, Sonaone dan Altimet sebagai ikon untuknya berkarya, dia berharap dapat mengikut jejak langkah mereka untuk terus menerobos industri seni tanah air dengan pelbagai kejayaan.

Selain mahukan karya akan datang diterima, dia mahu menjadi penyanyi yang berpengalaman sama ada dalam scene indie mahupun mainstream seperti mana yang dilalui oleh penyanyi lain.

Sepanjang melibatkan diri di dalam bidang nyanyian, Killa Driz juga pernah menghasilkan beberapa buah lagu lain termasuklah Jaga, Menunggumu, Untited 01, Gadai dan Racts.

Menariknya Gadai juga dijadikan runut bunyi untuk filem Marabahaya yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Killa Driz juga sudah merakamkan lagu baharu bersama Ryan Deedat dalam yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi selain terlibat dalam projek menghasilkan EP bersama Ismail Izzani.

Siapa Tahu dilancarkan secara rasmi pada 19 Mac lalu di semua plaform digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Mar 2021

Bayaran Geran Khas Prihatin Tambahan Mulai 25 Mac Ini, RM 500 Buat PKS Mikro..

Bayaran bagi semua perusaha kecil sederhana di bawah Geran Khas Prihatin Tambahan akan bermula 25 Mac ini. Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bayaran tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 […]

Featured Mon, 12 Sep 2022

Filem Epik Mat Kilau Hampiri Kutipan RM100 Juta

Wah, tahniah!💗💗💗💗

Featured Wed, 8 Dec 2021

Pihak Pengurusan Tak Mahu Fat Amy Turunkan Berat Badan

Pelakon komedi yang terkenal dengan watak Fat Amy, Rebel Wilson, 41, memberitahu pihak pengurusan tidak begitu menyokong keputusannya untuk mengurangkan berat badan. Rebel mendedahkan perkara terbabit menerusi satu sesi temu duga di BBC Breakfast, baru-baru […]

Trending Wed, 6 Nov 2019
Trending Wed, 1 Jun 2022

Mesin Air Mineral Beroperasi Tanpa Lesen Dipenuhi Najis Cicak Dan Serangga

Tahap kebersihan mesin air mineral sangat teruk sehingga terdapat najis cicak dan serangga.