Featured By: Salma Syahbuddin September 22, 2022 @ 7:02pm

DDNK Pergi ‘Honeymoon’, Netizen Puji ‘Manjanya Isteri’.. Tapi Ada Juga Yang Meluat!

Selepas terpalit kontroversi membabitkan kisah rumah tangga yang baru dibina, pakar saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) dan isteri, Datin Tuan Nor Ernie Rossmerie Tuan Zahari sama sekali tidak mengendahkan pandangan orang ramai mengenai isu tular tersebut.

Malah, kedua-duanya kini dilihat sedang berbulan madu di sebuah pulau sambil menaiki kapal pelayaran mewah.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh DDNK menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok baru-baru ini.

Perkongsian video berdurasi 29 saat itu ternyata mendapat pelbagai respons dalam kalangan warganet apabila pasangan pengantin baharu ini dipuji semakin romantis dan sering beraksi manja antara satu sama lain.

Malah, pakar pelaburan saham itu juga dilihat turut menghadiahkan sejambak bunga dan kek bertulis ‘Happy Honeymoon’ khas buat isterinya.

Bagaimanapun,  berdasarkan pemerhatian XTRA di ruangan komen sebuah portal hiburan, terdapat segelintir warganet yang ‘meluat’ dengan aksi manja yang dipamerkan isterinya itu sehinggakan ada yang sanggup meninggalkan komen berbaur sindiran.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 400,000 tontonan dengan 4,900 tanda suka.

@datodrnazrikhan Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya , mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini #ddnk ♬ Penghujung Cinta – Pasha

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 17 Apr 2021

Bantuan One-Off RM500 Buat Pesara Polis, Bayaran Fasa Pertama Bermula Sehingga…

Alhamdulillah… Bantuan one-off buat pesara polis kita

Trending Wed, 23 Jun 2021

Polis Tahan Bapa Beri Bayi Lelaki 5 Bulan Minum Arak

Selepas sebuah rakaman video 30 saat yang menunjukkan seorang bayi diberi minuman alkohol tular di media sosial baru-baru ini, pihak polis telah menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan. Dipercayai berlaku di sebuah flat di Teluk […]

Hiburan Thu, 2 May 2019

Demi AMBU, Laudya Cynthia Bella Belajar Hidup Tanpa Telefon!

Tambah isteri kepada Engku Emran ini, dia juga teruja berkesempatan dapat menikmati pengalaman mandi dari sumber air sungai setiap hari.

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Featured Fri, 31 Mar 2023
Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Tue, 28 Aug 2018

Pakai Apa Yang Kita Rasa Cantik, Dottie Kongsi Tips Untuk Wanita Plus Size

Sejak muncul cantik dalam muzik video itu, Dottie turut dihujani soalan daripada peminat yang mahu tahu bagaimana dia membina keyakinan diri dan tampil dengan imej cantik.

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Hadiah Kereta Untuk Ibu Dan Ayah

Sempena dengan kejayaan tersebut juga, Fattah menjelaskan bahawa kereta berkenaan yang dimenangi hasil sokongan setia peminat akan diberikan kepada ibu bapanya, Mohd Amin Muda, 50, dan Azizah Abdul Ghani, 47.  Umpama hadiah perkahwinannya bersama pelakon, […]

Hiburan Wed, 27 Dec 2017

NEELOFA DIKATA EKSPLOITASI HAIWAN TERANCAM?

Sebelum ini, aksi pelakon dan pengacara Noor Neelofa bersama dolphin ketika berada di Dubai itu telah mencuri perhatian ramai.Dikala bergembira dengan haiwan mamalia itu, Neelofa telah menerima teguran yang dikatakan dirinya mengeksploitasi haiwan terancam tersebut.  […]