Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 26, 2023 @ 7:54pm

Kes Amang Seksual PU Azman: “Saya Percaya Kepada Firdaus Wong Untuk Bantu Kami” – Saksi Kelapan

Saksi kelapan perbicaraan kes amang seksual membabitkan Pencetus Ummah PU Azman mendedahkan dia merujuk kejadian itu kepada pendakwah Firdaus Wong Wai Fung pada prosiding perbicaraan hari ketiga di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, saksi yang dikenali sebagai penceramah bebas, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, 52, memaklumkan mahkamah dia meminta bantuan Firdaus kerana pendakwah itu boleh dipercayai dan mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa.

“Dia (Firdaus) jenis orang yang ada ‘connection’ dengan peguam, pihak berkuasa, dia berani, tahu cara kalau buat aduan dia akan semak semula sama ada betul atau main-main.

“Saya letakkan sudut kepercayaan kepada Brother Wong untuk bantu kami,” katanya.

Kata Isfadiah, sebagai penceramah, dia bertanggungjawab untuk membantu mangsa yang terbabit dalam kes seksual PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 42.

“Betul mangsa boleh terus buat laporan polis, tetapi saya tahu yang dituduh ini ada nama dan pengaruh besar, saya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

“Saya perlu pilih saluran atau pegawai polis yang betul agar perkara ini tidak tersebar,” katanya.

Isfadiah memaklumkan perbuatan dilakukan Azman diketahui dalam perjumpaan bersama empat mangsa lelaki termasuk guru mereka di sebuah bilik tertutup di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam, Selangor pada Ogos 2022 yang turut disertai Firdaus Wong.

“Salah seorang mangsa memberitahu dia kena lebih teruk. PU Azman memegangnya secara fizikal yang tidak sepatutnya dilakukan mana-mana lelaki atau ayah.

“Saya tidak suka cerita secara terperinci, PU Azman yang meminta dicium dan memegang kemaluan mangsa,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam tempoh seminggu kemudian mereka berjumpa sekali lagi di sebuah hotel di Shah Alam bagi memaklumkan kepada ibu bapa mangsa untuk tindakan lanjut.

Firdaus dijangka akan dipanggil sebagai saksi bersama mangsa pada perbicaraan yang disambung esok, Khamis.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi, Husni Fairos Ramly dan Goh Hsiao Tung manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd. Nasir.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Amang Seksual PU Azman: “Dia Minta Anak Saya Sapukan Minyak Di Bahagian Kemal*annya Sebelum…” – Saksi Ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Mangsa Tak Percaya PU Azman Buat Perkara Tak Bermoral Terhadap Anak – “Saya Terkejut, Marah!”

ARTIKEL BERAKAITAN: PU Azman Didakwa Lagi Atas Tuduhan Jenayah Amang Seksual, Kelucahan Melampau

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Mar 2021
Trending Wed, 20 Mar 2024

Ziana Zain, Jalaluddin Hassan & Sheikh Muszaphar Sokong Usaha Bebas Hutang Ramadan Ini

Melangsaikan hutang ni merupakan tanggungjawab kita sendiri. Lagi-lagi dalam bulan ramadan ni, tak best lah nak sambut bulan yang mulia dengan ada nya bebanan hutang kan? Sempena Ramadan tahun ini, apa kata kita cuba untuk […]

Featured Tue, 12 Apr 2022
Featured Fri, 17 Jan 2025
Featured Thu, 11 Aug 2022
Trending Sun, 30 May 2021

Didakwa Pertikai Sistem Raja Berpelembagaan, Ibu Neelofa Buat Laporan Polis

Ibu kepada selebriti dan usahawan popular Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menjelaskan bahawa hantaran Instagram Story miliknya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia berlaku kerana kecuaian salah seorang pekerjanya. Menurut Kartini, pekerja […]

Featured Mon, 25 Aug 2025

“Ada Yang Nak Kahwin Tak Lama Lagi… Doakan Fazura & Nyamma Juga”- DJ Sonic

DJ Sonic turut mendoakan kebahagian pasangan lain yang didakwa bakal berkahwin tidak lama lagi.

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Penyanyi Popular Ini Sebenarnya Protege Black?

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia 2019 Ahad ni tau?

error: Content is protected !!