Categories: Trending

Pertimbangan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Isu caruman dalam Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih lagi menjadi bualan hangat ramai orang.

Di saat negara dilanda masalah ekonomi yang gawat, ramai berpendapat caruman dalam akaun 1 perlu dikeluarkan. 

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul berkata, kerajaan perlu membuat penilaian yang teliti bagi memastikan mereka yang benar-benar memerlukan saja akan membuat pengeluaran.

Perlu Penyelesaian Jangka Panjang

Walaupun ramai yang bersetuju dengan permintaan untuk mengeluarkan caruman akaun 1 namun kerajaan perlu benar benar meneliti dan memperhalusi perkara tersebut. 

“Kita tahu ramai yang betul-betul perlukan. Tapi, kita perlu periksa.” 

“Pengeluaran caruman tidak boleh bertahan lama. Kita perlu penyelesaian jangka panjang seperti peluang pekerjaan atau tingkatkan kemahiran,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, perbincangan masih dijalankan dengan KWSP kerana mereka perlu melaksanakan penilaian dengan pihak berkepentingan.

Sumber : BH

Baca artikel berkaitan: Ini Sebenarnya Fungsi Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP Yang Ramai Keliru

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”