Categories: Trending

(Video) Tragedi Menyayat Hati, Lima Mangsa Rentung Dalam Kebakaran

Ajal maut di tangan Tuhan.. 

Mayat lima mangsa yang maut dalam kebakaran membabitkan lima rumah di Lorong Mokhtar, Kampung Delek Kanan, pagi tadi ditemui di dalam dan berhampiran bilik air.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan pada jam 3.56 pagi, segera bergegas ke lokasi untuk melakukan kerja pemadaman.

Polis Siasat Bunyi Letupan Gas

Setelah disiasat, rumah sewa dihuni sejak 1994 itu didapati dibina tanpa merujuk pihak berwajib dan tiada ciri-ciri keselamatan, malah tiada dinding pemisah di antara rumah ke rumah.

“Kami masih menyiasat bunyi letupan sama ada daripada gas memasak atau peralatan elektrik lain sebab rumah pertama berniaga makanan dan dimaklumkan ada ketuhar.

“Mungkin peralatan ini meletup, kita mengesyaki berdasarkan maklumat diberikan saksi,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat.

Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman. Salam takziah.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”