Categories: Trending

“Pihak Produksi Lain, Tolong Terbitkan Banyak Lagi Content Pasal Masalah Mental”- Netizen Puji Drama Camelia

Drama Camelia baru sahaja  melabuhkan tirainya dengan episod akhir pada malam semalam. Drama yang mengetengahkan isu penyakit mental iaitu masalah kecelaruan identiti. 

Impak drama Camelia telah menerima ribuan tweets dan liked daripada peminat. Apa yang istimewanya drama ni di hati para penonton? Jom kita tengok apa kata netizen di laman Twitter. 

“Pelakon tak nampak over bila berlakon”

           “Hargai apa yang ada sebelum ianya pergi”

” Beri kesedaran pasal penyakit mental”

Drama yang berpotensi untuk menjadi “hit”

Penyakit kecelaruan identiti sebenarya tidak boleh dirawat, sekadar hanya boleh dikawal

Menerusi drama Camelia, penyakit kecelaruan identiti  sebenarnya tidak boleh dirawat dan sekadar boleh dikawal. Penyakit kecelaruan identiti atau lebih dikenali sebagai DID ini juga boleh dikawal dengan mendapatkan rawatan terapi dan mengambil ubat atau pil yang disarankan doktor. Dalam drama ini, penyakit kecelaruan yang dihidapi oleh Mariam (Diana Danielle) berpunca daripada trauma yang dialami sewaktu kecil kerana sering dibandingkan dengan adiknya, Marina (Ain Edruce). Justeru, untuk mengelakkan Maria terus hanyut dengan identiti ‘Camelia’ yang diciptanya, Maria harus menjauhkan diri daripada Marina, iaitu elemen yang membuatkannya “trigger”.

 

 

Kalau korang nak tahu apa yang terjadi dengan drama ni sehingga ke episod akhir, jom kita marathon drama ni di Youtube TV3MalaysiaOfficial

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”