Categories: Trending

Demi Bahagia, Wanita Ini Pilih Hidup Bermadu Walaupun…

Kita selalu dengar ayat yang keluar daripada mulut kaum wanita, ‘ Aku sanggup sendiri daripada hidup bermadu,’. Rata-rata golongan wanita pasti sependapat kan? 

Tapi berlainan bagi wanita cantik ini. Puan Sherilyn Mt Aidala memilih untuk hidup bermadu walaupun dikurniakan paras wanita jelita dan mempunyai perniagaan berjaya.

Gambarnya bersama suami dan madunya yang dimuatnaik pada Hari Raya pertama lalu menjadi viral, baru-baru ini. Bukan calang-calang orang yang boleh melalui kehidupan bermadu ini ya!

Sherilyn turut menjawab soalan orang ramai tentang pilihannya untuk hidup bermadu.

“ Sebab saya pilih untuk bahagia. Betul ke bahagia? Menjadi persoalan orang ramai.

“ Alhamdulillah saya dapat rasa kebahagiaan bersama. Jika saya pilih berpisah dengan suami, secara jujurnya saya mungkin akan menderita,” tulisnya di laman Facebook.

Siapa yang mampu menolak takdir bukan?

Di akhir ayat, wanita ini sempat berpesan agar jangan berhenti mencari ilmu untuk mengenal kekuatan diri sendiri.

“ Bila ada ilmu, semua yang kita buat atas penuh kesedaran. Terima Kasih untuk rasa ini,” tambahnya lagi.

SGMS Faida