Zul Ariffin Separuh Bogel Di Thailand, Undang Komen Lucah Netizen

Selepas isu kontroversi melibatkan “anu” pelakon Rindu Awak 200% ini, Zul sekali lagi menjadi mangsa sembang lucah di akaun instagram miliknya akibat memuat naik gambar beliau yang dikatakan separuh bogel kerana hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju. 

Gambar yang dimuat naik beberapa jam ini telahpun mendapat 48, 940 likes. Difahamkan, Zul Ariffin kini sedang menikmati percutian beliau bersama teman-temannya di sebuah pantai peranginan yang popular di Thailand.

Gambar yang pastinya membuat ramai peminat wanita diluar sana ‘pecah ovari’ ternyata mencuri perhatian. Namun, tidak kurang juga yang meninggalkan komen berbaur lucah di akaun milik pelakon kegemaran ramai itu.

 

 

 

 

Amboi, sampai begitu sekali reaksi kakak-kakak kita ni tengok abang sado, Zul Ariffin kan? Mungkin sebenarnya Zul Ariffin berpakaian sebegitu untuk filem terbaharu beliau? Sama-sama kita nantikan okay!

Salma Syahbuddin