Categories: Eat Travel

Gunakan Resipi Ini Untuk Buat Muffin Coklat Pisang Bersama Anak Anda, Mudah Sangat!

Tak salah jika kanak-kanak mula memasak dari usia yang muda. Anda pernah tengok rancangan MasterChef Junior? Kecil-kecil lagi dah pandai memasak, sampai kita yang dah dewasa ini pun kalah!

Jika anda inginkan anak anda untuk mula menjinak-jinakkan diri di dapur, ini dia resipi yang perfect untuknya, kerana ia tak melibatkan langkah-langkah yang rumit atau banyak. Jadi taklah dia alami “culture shock” nanti.

Bila lagi nak ajar anak anda untuk biasakan diri di dapur?

Resipi ini adalah untuk muffin yang sesuai dimakan ketika sarapan dan berperisa pisang coklat. Ia sangat simple, campak saja ramuannya!

Bahan-bahannya:

3 biji pisang masak

½ cawan susu

1 cawan oat cepat masak (quick oats)

1 cawan tepung gandum

3 biji telur

1 sudu kecil esen vanila

½ sudu kecil serbuk kulit kayu manis (cinnamon)

1 cawan Greek yogurt

2 sudu besar madu

½ cawan dark chocolate chip

Cara-caranya:

1. Panaskan oven ke 180 darjah Celcius.

2. Di dalam mesen kisar, masukkan kesemua bahan kecuali cip coklat. Blend betul-betul, gaul dengan sudu jika perlu.

3. Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas muffin yang diletakkan di atas loyang cupcake.

4. Taburkan cip coklat ke permukaan adunan muffin, dan bakar selama 20 minit. Itu saja!

Sumber: Tasty

Ad Ops