Categories: Sihat

Keliru Tentang Perbezaan Di Antara Vegan Dan Vegetarian? Ini Jawapannya

Bunyinya lebih kurang sama, dan kedua-duanya merupakan diet berasaskan tumbuhan. Tapi terma “vegan” dan “vegetarian” merujuk kepada cara makan yang berbeza.

Jika anda berminat untuk mencuba mana-mana diet ini, anda perlu tahu dulu maksud mereka sebenarnya dan apa yang anda patut makan untuk mengikuti regim kesihatan ini.

Pertama sekali, apa itu vegetarian?

Ia merujuk kepada seseorang yang tidak memakan daging haiwan. Lembu, kambing, ayam, itik, seafood – apa-apa binatang yang pernah hidup, memang tak boleh dimakan.

Anda mungkin tertanya-tanya, produk tenusu (dairy products seperti mentega, susu, yogurt dan keju) dan telur pun tak boleh ke?  Adakah ini juga dua jenis makanan yang terlarang bagi vegetarian?

Sebenarnya ada beberapa jenis golongan vegetarian. Orang yang lacto-vegetarian memakan produk tenusu tapi tak makan telur manakala ovo-vegetarian memakan telur tapi tak makan produk tenusu.

Lacto-ovo-vegetarians pula makan kedua-dua produk tenusu dan telur, dan ini merupakan jenis diet vegetarian yang paling biasa diikuti.

Foto: zi3000 via Shutterstock.com

Dah faham setakat ini? Okay, jom ketahui maksud vegan pula.

Orang vegetarian boleh lagi memakan telur atau dairy, tapi orang vegan langsung tak boleh makan!

Diet pemakanan orang vegan langsung tak boleh merangkumi sebarang makanan atau minuman yang melibatkan haiwan dalam mekanisme pemprosesannya. Bahan-bahan ramuan yang common termasuklah dairy, telur, madu, gelatin serta lemak babi.

Ramai orang vegan juga melanjutkan pilihan bebas-haiwan dalam diet mereka ke aspek lain dalam hidup. Contohnya, mereka memilih untuk tidak memakai pakaian yang ada bulu atau kulit haiwan, atau produk kecantikan yang telah diuji ke atas haiwan.

Foto: nutriciously.com

Secara kesimpulannya, jika sesuatu makanan itu pernah bernyawa, maka ia tak sesuai untuk orang vegetarian.

Jika ia melibatkan haiwan, hidup atau mati, maka ia tak sesuai untuk orang vegan.

Ramai orang kata, menjadi vegetarian atau vegan memang bagus untuk kesihatan. Yalah, makan sayur saja, mestilah bagus! Lagipun pengambilan daging kerap dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, diabetes, arteri tersumbat dan osteoporosis.

Antara selebriti Amerika yang telah mengamalkan diet vegan atau vegetarian termasuklah Miley Cyrus, Ariana Grande, Adele, Ellen DeGeneres dan Brad Pitt.

Jika anda berminat untuk mencuba, anda patut tahu dulu berapa banyak komitmen yang anda perlu beri. Bukan senang, lebih-lebih lagi jika anda membesar dengan memakan daging. Jangan menyesal di kemudian hari.

Sumber: Greatist

Ad Ops