Categories: Trending

Tahniah! PM New Zealand Cipta Sejarah

Nampaknya beliau mengikut jejak bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto yang melahirkan bayi ketika masih menjawat jawatan.

Beliau yang dimaksudkan adalah Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern. Wanita berusia 37 tahun ini selamat melahirkan bayi perempuan sekaligus menjadikan beliau pemimpin kedua dunia bersalin ketika memegang jawatan.

Ardern melahirkan anak sulungnya dan pasangan Clarke Gayford, 40, seberat 3.3 kilogram.

“Saya yakin kami sedang melalui emosi yang dilalui pasangan yang baru menjadi ibu bapa, pada masa sama bersyukur dengan kebaikan dan ucapan tahniah daripada semua. Terima kasih,” kata Ardern.

Menerusi akaun laman sosial Instagram beliau memberitahu bayinya sihat dan dalam keadaan baik.

“Kami berdua dalam keadaan baik dan sihat terima kasih kepada pasukan Hospital City Auckland,” katanya. -AFP

SGMS Faida