Categories: Trending

PKP Bakal Dilanjutkan?

Menurut Pakar Virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, tempoh dua minggu pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tidak akan memberi impak drastik pada empat angka positif harian kes Covid-19 ketika ini.

Ini berdasarkan kepada tempoh mengeram atau inkubasi virus adalah dianggarkan tiga hingga tujuh hari.

Memandangkan tempoh untuk mendapat keputusan makmal dianggarkan dua hingga tiga hari dan pengesanan kontak rapat boleh mengambil masa beberapa hari lagi.

“Bermakna dalam masa 14 hari ini kita hanya mengendalikan jangkitan yang sudah sedia ada saja,” katanya.

Sekaligus beliau menyifatkan Malaysia perlu mengambil masa empat hingga enam minggu dalam melandaikan kes Covid-19 walaupun perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan negatif terhadap ekonomi negara.

Terdahulu, pada Selasa kes Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 3,309 kes dilaporkan iaitu kes paling tertinggi setakat ini.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin