Categories: Trending

Ibu Neelofa Batalkan Permohonan Untuk Trademark Daging Harimau Menangis

Susulan isu melibatkan penjenamaan Daging Harimau Menangis, usahawan Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang merupakan ibu kepada hos terkenal, Neelofa mengesahkan beliau akan membatalkan permohonan untuk mendapatkan lesen trademark daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Isu tersebut menjadi perbualan hangat netizen apabila  ramai yang mengkritik tindakan Kartini yang dianggap cuba menutup punca pendapatan rezeki orang ramai.

Baca artikel berkaitan : “Crazy On How Rich People Can Simply Tindas…” – Kontroversi Daging Harimau Menangis Undang Perdebatan Netizen

Menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi, Kartini menjelaskan beliau hanya cuba melindungi ejen jualan daripada produk tiruan.

Beliau turut memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan tidak mempunyai niat untuk menutup punca pendapatan orang lain.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”