Categories: Trending

PKP Dilaksana Semula Pada Hari Raya Ini?

Itu apa yang dicadangkan oleh Penasihat Khas Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood mengenai pelaksanaan semula PKP pada Hari Raya Aidilfitri.

Terdapat peningkatan kes!

Beliau berkata demikian, apabila terdapat peningkatan kes Covid-19 di Korea Selatan dan Jerman. Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika Aidilfitri ini .

” Sangat bimbang melihat peningkatan kes di Korea Selatan dan Jerman dan bagaimana perjumpaan berbuka puasa boleh menyebabkan maut

” Jika kita tidak mengambil langkah untuk mencegah penyebaran (Covid-19), kita mungkin kalah daripada semua yang dibuat. Tuhan melarang. Mari berjaga-jaga.

Mungkin ‘Lockdown’ pada Hari Raya

” Mungkin lockdown semasa hari raya adalah langkah pencegahan yang baik. Mari kita laksanakannya dengan progresif”

Malah, ciapan beliau itu turut mendapat sokongan netizen yang rata-rata mahu kerajaan lebih tegas dalam menangani isu ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan membenarkan ziarah Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan pesta Kaamatan pada hari pertama dan hanya dalam kalangan ahli keluarga dengan jumlah tetamu seramai 20 orang, manakala rumah terbuka perayaan tidak dibenarkan.

Salma Syahbuddin