[TERKINI] Selangor Masih Kekal Larangan Solat Berjemaah Di Masjid & Surau

Negeri Selangor kekal dengan penetapan larangan solat berjemaah di mana-mana Masjid dan Surau di kawasan negeri itu.

Hanya 12 Jemaah Dihadkan

Perkara tersebut diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang hanya memberi kebenaran kepada ahli jawatankuasa masjid dan imam untuk mendirikan solat Jumaat di Masjid Negeri, Masjid Diraja serta Masjid Daerah bermula hari ini.

“Hanya ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan imam saja yang dibenarkan iaitu seramai tiga hingga maksimum 12 orang. Sebarang perkembangan mengenai pelaksanaan ini akan dimaklumkan dari masa ke masa,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad dalam satu kenyataan media.

Pada 13 April lalu, Sultan Sharafuddin mengarahkan solat Jumaat, solat berjemaah dan aktiviti ceramah di masjid, surau dan musollah ditangguhkan sehingga 31 Mei ini bagi mengekang penularan Covid-19.

Apa-apa pun, sekiranya wabak ini dapat dibendung dan diatasi dalam satu tempoh yang lebih awal maka satu arahan baru akan dikeluarkan.

Untuk berita dan perkembangan terkini, korang boleh saksikan hanya di TV3 dan juga Youtube Buletin TV3 okay?

Syafiqa Irdina