Categories: Trending

PKPB Di Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur Bermula Rabu Ini, Rentas Daerah Tidak Dibenarkan

Dalam satu sidang media bersama Menteri Kanan Keselamatan, Dato Ismail Sabri mengumumkan bahawa PKPB akan dijalankan di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober.

Pergerakan rentas daerah tak dibenarkan kecuali..

Dato Seri Ismail turut memaklumkan pergerakan rentas daerah tak dibenarkan kecuali bagi mereka yang bekerja di luar daerah dan perlu menunjukkan pas kerja.

Selain itu, hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar untuk membeli keperluan barangan bagi setiap satu isi rumah.

Rumah ibadat, sekolah, pusat hiburan ditutup

Kesemua rumah ibadat buat umat Islam dan bukan Islam serta seluruh institusi pengajian tinggi dan rendah juga ditutup bagi pelaksanaan ini.

Keputusan itu dilaksanakan berhubung kes peningkatan COVID 19 di kawasan Selangor.

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Tonton video di bawah untuk info lebih lanjut

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”