Categories: Trending

PKPD Bakal Dilaksana Semula Mengikut Lokasi

Perkara tersebut merupakan pendapat dari Pakar kesihatan Awam Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, tindakan itu bagi mengawal penularan jangkitan dengan lebih cepat dan berkesan.

Menurutnya, PKPD perlu segera dikuatkuasakan terutamanya dikawasan yang mempunyai peningkatan kes mendadak atau kluster baharu berkaitan Covid-19.

Akibat lonjakan kes

Sumber : Google

Cadangan pelaksanaan PKPD ini adalah akibat lonjakan kes yang mendadak dan ianya perlu dilaksanakan di lokasi yang mempunyai kadar peningkatan kes atau kluster yang tinggi.

“Perkara ini perlu dijuruskan kepada tempat yang terlibat dan tindakan itu perlu disegerakan,” 

Pihaknya juga tidak menolak sekiranya terdapat kluster baharu selepas melihat pola jangkitan terkini yang mencapai tiga angka.

“Oleh itu, kita perlu berganding bahu agar semua SOP yang ditetapkan terus dilaksanakan penuh komitmen tanpa tolak ansur dan dapat elak berlaku kluster dan kes baharu,” Katanya.

Salma Syahbuddin