Categories: Trending

Kedah Cadang Laksana Semula PKPD

Kedah bakal melaksanakan PKPD secara pentadbiran terutamanya di kawasan jangkitan Covid-19 bagi Kluster Telaga dan Kluster Sungai.

Cadangan itu akan dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Kedah mengenai pelaksanaan PKPD tersebut. Dan, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor akan membawa cadangan tersebut dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri Covid-19 yang membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan beberapa agensi lain.

PKPD bawa kesan positif

Menurutnya, pelaksanaan PKPD secara pentadbiran dilihat berjaya membawa kesan positif bagi mengekang penularan wabak Covid-19 seperti Kluster Sivagangga dan Kluster Tawar.

“Kalau ikut pengalaman kita, memang PKPD adalah kaedah paling berkesan. Cumanya pertimbangan perlu dibuat sama ada langkah itu akan memberi kesan terhadap sektor lain seperti ekonomi dan pendidikan.

” Kita bimbang kerana ia membabitkan petugas kesihatan yang menjadi barisan hadapan, kini ahli keluarga mereka pula terbabit” Katanya

16 petugas kesihatan antara yang positif Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu telah mengesan 16 petugas kesihatan iaitu antara 26 kes positif Covid-19 dalam Kluster Sungai, setakat ini.

Dan, daripada jumlah tersebut, seorang daripada petugas itu menjangkiti tujuh ahli keluarganya.

Patuh SOP

Muhammad Sanusi juga berharap, agar rakyat Kedah dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM bagi membendung penularan wabak ini.

Seterusnya meminta rakyat agar mengambil tindakan awal dengan menjaga keselamatan dan kesihatan diri selain mengelak daripada berada di luar rumah terlalu lama jika tiada keperluan.

Salma Syahbuddin