Categories: Trending

PKPP: Aktiviti Seminar, Kursus, Bengkel Dan Modul Latihan Kini Dibenarkan

Semenjak PKPP dilaksanakan, banyak aktiviti dan rutin harian yang dibenarkan.

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Menteri Kanan Ismail Sabri memaklumkan bahawa segala aktiviti melibatkan seminar, kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh mana-mana agensi kini dibenarkan.

Hanya 250 orang dalam sebuah dewan

Dalam pada itu, rakyat Malaysia mesti mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu hanya 250 orang sahaja dibenarkan berada dalam satu dewan.

Para peserta yang mengikuti bengkel perlu memuat turun aplikasi MySejahtera dan penjarakan sosial.

Walaubagaimanapun, segala aktiviti, bengkel dan kursus hanya dibenarkan di kawasan zon hijau sahaja.

Jangan lupa jaga keselamatan diri!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”