Categories: Trending

PKPP Bakal Berakhir 31 Ogos Ini, KKM Saran MKN Lanjutkan PKPP

Umum mengetahui, perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dijadualkan berakhir pada 31 Ogos ini.

Justeru, KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melanjutkan tempoh tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan Covid-19 akan berlangsung tidak kurang dua tahun, selain negara perlu membuat persiapan bagi menghadapinya.

“Untuk PKPP akan berakhir 31 Ogos ini yang diumumkan PM, Kementerian Kesihatan sudah pun membuat saranan kepada Majlis Keselamatan Negara dan PM yang mana PKPP dipertimbangkan untuk kita laksanakan sehingga keadaan lebih terkawal.

Untuk info, negara Malaysia kini mencatatkan hanya 10 kes baru setakat 23 Ogos.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”