Categories: Trending

Lebih Banyak Taman Rekreasi Akan Ditutup

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, setakat ini satu taman tumpuan ramai di Kepala Batas ditutup kerana pengunjung tidak memberi kerjasama apabila tidak patuh pada SOP ditetapkan pihak berkuasa.

Dan, pihaknya mengesan sebuah lagi taman di Seberang Jaya yang didapati pengunjungnya tidak mengendahkan SOP yang telah ditetapkan namun, sudah diberikan amaran dalam tempoh satu minggu.

” Sekiranya pengunjung masih lagi ingkar dan tidak mengamalkan SOP yang ditetapkan maka, tindakan penutupan taman terbabit akan dibuat”

Patuh SOP

Majlis Perbandaran Seberang Perai juga membenarkan sebarang aktiviti sukan dilakukan tetapi hendaklah mematuhi SOP termasuk tidak menggunakan peralatan atau kemudahan di taman yang sudah dipasang pita pelekat bertujuanmengekang penularan wabak Covid-19.

Ini kerana, seorang penghuni rumah pangsa tersebut dilaporkan positif Covid-19.

Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan

Tambahnya lagi, pemakaian pelitup muka ketika bersukan tidak diwajibkan namun, orang ramai mesti menjaga penjarakan fizikal antara individu.

” Penduduk boleh berjogging dan buat apa sahaja aktiviti sukan seperti biasa, tetapi perlu ikut SOP, bukannya ketika berjogging ikut SOP dan selepas itu berkumpul beramai-ramai “

Salma Syahbuddin