Categories: Trending

Selepas Hagia Sophia, Bekas Gereja Ini Pula Ditukar Menjadi Masjid

Jutaan ucapan tahniah dari seluruh dunia buat Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang telah mengarahkan sebuah lagi gereja lama Ortodoks yang kemudiannya menjadi muzium popular di Istanbul, diubah semula menjadi masjid.

Ambil masa sebulan

Sumber : Google

Keputusan untuk mengubah Muzium Kariye atau bekas gereja itu dibuat hanya dalam masa sebulan selepas kontroversi yang sama membabitkan transformasi Hagia Sophia.

Pertukaran status muzium  yang diiktiraf oleh Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu mengundang kecaman Barat, terutama Greece.

Kedua-dua perubahan yang dilakukan Erdogan itu adalah sebagai usaha beliau untuk menggembirakan penyokongnya yang bersifat konservatif dan nasionalis disaat Turki bergelut dengan krisis inflasi dan keadaan ekonomi yang tidak stabil disebabkan Covid-19.

Keputusan Erdogan dianggap sebagai provokasi

Namun menurut Kementerian Luar Greece menyifatkan keputusan itu sebagai sebuah lagi provokasi terhadap individu beragama oleh kerajaan Turki.

Bangunan berusia 1,000 tahun itu hampir sama dengan Hagia Sophia yang terletak di tebing barat bersejarah muara Golden Horn di wilayah Istanbul yang bersebelahan dengan Eropah.

Sumber : Google

Dan, Gereja The Holy Saviour adalah sebuah gereja zaman Byzantine abad pertengahan yang dihiasi dengan lukisan dinding abad ke-14 berunsur sejarah Kristian yang amat dihargai di serata dunia. Gereja The Holy Saviour Dan, Gereja The Holy Saviour adalah sebuah gereja zaman Byzantine abad pertengahan yang dihiasi dengan lukisan dinding abad ke-14 berunsur sejarah Kristian yang amat dihargai di serata dunia.

Ditukar ketika berusia setengah abad

Ia kemudian ditukar menjadi Masjid Kariye setengah abad selepas penaklukan Constantinople oleh Empayar Uthmaniyyah Turki pada tahun 1453. Seterusnya, bertukar menjadi Muzium Kariye selepas Perang Dunia II, selaras dengan usaha Turki menjadi lebih sekular dengan menyisihkan saki baki pengaruh Empayar Uthmaniyyah.

Salma Syahbuddin