Categories: Trending

Pembayar Cukai Diminta Hantar Borang B Sebelum 31 Ogos Ini – LHDN

Semua pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan diminta untuk mengemukakan borang B bagi tahun taksiran 2019 selewat-lewatnya 31 Ogos ini.

Panduan mengisi program memfail borang nyata 2020

Sebagai panduan pengemukaan borang itu, pembayar cukai boleh merujuk program memfail borang nyata bagi tahun 2020 disini.

Dan ini adalah senarai pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2019 yang boleh diakses dari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my Pilih Individu kemudian Pelepasan Cukai.

Isi maklumat dengan tepat

LHDN juga meminta agar pembayar cukai mengisi maklumat diri dan perbankan dengan tepat untuk kelancaran proses bayaran balik cukai.

Maklumat terkini dan penting yang diperlukan untuk proses bayaran balik cukai terlebih bayar ialah nama penuh, nombor pengenalan diri, maklumat akaun bank yang aktif, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e-mel dan nombor pendaftaran pertubuhan (bagi pembayar cukai kategori pertubuhan).

“Pemprosesan bayaran balik cukai terlebih bayar sentiasa menjadi keutamaan LHDNM dalam memastikan setiap pembayar cukai yang layak akan menerima bayaran balik cukai mereka dalam tempoh yang ditetapkan,” Katanya.

Sumber : BH Online, Harian Metro

Salma Syahbuddin