Categories: Trending

Padam Foto Free Hair Di IG, Mawar Rashid Kini Berhijab Sepenuhnya

Pelakon cantik manis Mawar Rashid baru-baru ini mengumumkan bahawa dirinya sudah mula memakai hijab sepenuhnya. Perkara ini diberitahu oleh Mawar sendiri menerusi akaun Instagram miliknya. Alhamdulillah, cantik betul Mawar bertudung!

Ujar Mawar, keinginan untuk berhijab sudah sekian lama terbit di dalam hatinya dan pelakon berusia 25 tahun ini telah membulatkan tekad untuk memakai tudung sejak 17 Ogos lalu.

Jelas Mawar lagi, keinginan untuk bertudung mula terbit sewaktu dia dan suaminta Raff Yaakob menghadiri sebuah kelas agama.

“Sudah lama saya simpan hasrat untuk menunaikan kewajipan sebagai muslimah yang baik. Namun, itulah ada saja alasannya untuk melakukan perkara wajib ini.

“Ramadan lalu, saya ada juga cuba namun hati belum kuat untuk bertudung sepenuhnya. Alhamdulillah, hidayah akhirnya sampai untuk saya selepas menghadiri kelas agama dan mendalami Islam. Doakan saya terus istiqamah untuk mendapat keredaan Allah SWT,” kata Mawar.

Mawar berkata, doa suaminya Raf Yakob juga akhirnya termakbul apabila sebelum ini sentiasa memberi kata semangat buatnya menunaikan kewajipan itu.

“Raf memang antara yang paling gembira dengan keputusan ini. Sebenarnya dia pun kerap menyarankan saya bertudung sebelum ini tapi tidaklah memaksa.

“Alhamdulillah, saya akhirnya sedar ini tanggungjawab diri sendiri dan suami tidak lekang mendoakan agar saya terus istiqamah dengan penghijrahan ini,” katanya.

Tahniah Mawar, semoga terus istiqamah ye!

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover