Categories: Trending

Tiga Faktor Ini Didakwa Penyebab Jangkitan Covid-19 – KKM

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dakwaan saintis mengenai kadar kelembapan udara rendah, tandas awam dan habuk atau partikel halus bawaan udara boleh menyebabkan jangkitan Covid-19 masih di peringkat kajian.

Teliti beberapa faktor

Tambahnya lagi, perkara tersebut memerlukan bukti sebelum membuat rumusan mengenai faktor penyebab kepada jangkitan wabak tersebut.

” Kita memerlukan bukti kukuh sebelum membuat rumusan mengenai tiga faktor itu turut boleh menyumbang kepada Covid-19 kerana ia masih di peringkat kajian,” Katanya.

Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun mengulas laporan yang dikeluarkan oleh Forbes iaitu, kajian dibuat saintis terbabit mengambil kira tiga faktor berbeza dalam penyelidikan mereka seperti yang telah dinyatakan.

Selai itu, satu kajian dilakukan di kawasan Greater Sydney, Australia menunjukkan wujud pertalian antara kadar kelembapan udara dan transmisi Covid-19 dalam kalangan komuniti setempat.

Terdapat bukti faktor penyebab wabak Covid-19

Ketua Penyelidiknya, Dr Michael Ward menyatakan terdapat bukti menunjukkan kelembapan rendah menjadi faktor penyebaran Covid-19.

Saintis tersebut juga menganggarkan bagi setiap satu peratus penurunan kelembapan udara, kes jangkitan Covid-19 akan meningkat sebanyak tujuh hingga lapan peratus.

Salma Syahbuddin