Categories: Trending

Lima Lagi Murid Sekolah Rendah Dikesan Positif Covid-19

Lima lagi pelajar sekolah rendah disahkan positif Covid-19 dan berkait rapat dengan Kluster Tawar.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua kes tersebut dikesan melalui pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes positif kluster tersebut.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati mereka merupakan kontak rapat kepada kes ke 9197 yang membabitkan seorang murid pra-sekolah yang kesnya dilaporkan pada 16 Ogos lalu.

Kenyataan ini turut dikongsi dilaman Facebook KKM pada Selasa.

Salma Syahbuddin