Categories: FeaturedTrending

“Please, Dia Berbakat Kot” – Netizen Pertikai Amir Masdi Kurang Dapat Perhatian, Yakin Menang AJL35

Kehangatan Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) semakin terasa dan seperti biasa, pelbagai jangkaan mengenai pemenang mula timbul.

Ramai yang meramalkan Ernie Zakri dan Aina Abdul bakal membawa trofi vakal terbaik tahun ini, tetapi ada juga yang menjangkakan penyanyi muda, Amir Masdi layak memenangi kategori tersebut.

Menurusi laman Twitter, nama Amir Masdi menjadi antara salah satu finalis yang dijangka memberi saingan hebat kepada Aina Abdul dan Ernie Zakri.

Malah, netizen turut mempertikai kenapa nama beliau kurang diberi perhatian sedangkan bakat yang dimiliki dianggap luar biasa.

Untuk persembahan malam ini, Amir bakal mempertaruhkan lagu Kau Sakiti ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo dan Mage.

Apapun, kita sama sama doakan semoga finalis AJL 35 dapat melakukan persembahan yang terbaik.

Pastinya setiap finalis mempunyai kekuatan dan kejutan yang bakal mereka tonjolkan malam ini.

Jangan lupa saksikan AJL35 jam 9 malam ini hanya di TV3

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”