Categories: Trending

PNB Umum Dividen ASB 4. 25 Sen, Pengagihan Ehsan 0.75 Sen

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran pendapatan sehingga 5.00 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan 31 Disember 2021. 

Ia membabitkan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM7.6 bilion kepada 10.2 juta pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 173.2 bilion unit sempena ulang tahun ASB ke-30 itu akan diberikan sehingga 30,000 unit pertama.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz berkata pengumuman berkenaan merangkumi pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit dan pembayaran khas ehsan 0.75 sen seunit.

“Pengagihan pendapatan ini memberikan pulangan efektif sebanyak lima peratus kepada pemegang unit 30,000 dan ke bawah, dan bagi pemegang unit melebihi 30,000 mereka juga menerima manfaat pengagihan ehsan ini.” 

“Ia adalah tanda penghargaan kami kepada semua unit ASB yang terus setia bersama kami sepanjang 30 tahun dana ini diperkenalkan,” katanya pada Majlis Pengumuman Jumlah Agihan Pendapatan secara maya pada Rabu.


Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”