Categories: Trending

“Jangan Mudah Hukum Orang Murtad” – Dr Zulkifli Bersuara Isu Ili Najwa

Minggu lepas, timbul isu di kalangan warganet mengenai seorang wanita bernama Ili Najwa yang dilaporkan berkahwin dengan seorang kapten Hoki India iaitu Manpreet Singh Pawar.

Ramai yang mempertikaikan status agama wanita berkenaan selepas dilihat melangsungkan upcara perkahwinan mengikut adat Punjabi. 

Berikutan kejadian tersebut, Menteri Agama Dr Zulkifli Al Bakri tampil menjelaskan situasi yang terjadi. 

“Oleh itu, tidak semudahnya bagi sesiapa untuk menghukum seseorang yang berbangsa Melayu murtad hanya berdasarkan khabar yang belum dipastikan kesahihannya.

“Kerajaan yakin serta percaya, isu ini akan dapatditangani dalam masa terdekat oleh pihak berkuasa agama negeri Johor…..lebih-lebih lagi isu ini juga mendapat perhatian langsung daripada Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar),” katanya di Dewan Negara semalam. 

Difahamkan, Ili Najwa masih beragama Islam dan kerajaan belum menerima permohonan daripadanya untuk berkahwin di luar negara.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”