Categories: Trending

Sambutan Krismas Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan

Sempena sambutan Hari Krismas, Aktiviti di rumah ibadat bukan Islam di Wilayah Persekutuan dibenarkan mengikut had kehadiran ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional WP Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan kebenaran itu selaras prosedur operasi standard (SOP) dan protokol sambutan perayaan yang dikeluarkan MKN bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

“Upacara sembahyang di rumah ibadat seperti Minor Basilica, Cathedral, Gereja dan Chapel adalah berdasarkan satu pertiga keluasan untuk satu sesi bagi RIBI bersaiz besar atau tidak lebih 30 orang untuk satu sesi bagi RIBI bersaiz kecil,” menurut kenyataan itu.

Pada Jumaat lepas, MKN bersetuju membenarkan penganut Kristian mengikuti upacara sembahyang pada 24 dan 25 Dis di kawasan PKPP dan PKPB dengan aktiviti kunjung mengunjung hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan.

Sumber: Awani

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”