Categories: Trending

Sebaris Artis Hollywood – Nama Siti Nurhaliza Kini Dilakar Di Walk Of Fame, Adelaide

Selepas kejayaan beliau diiktiraf oleh majalah Forbes Asia, penyanyi nombor 1 negara, Datuk’ Seri Siti Nurhaliza sekali lagi melakar sejarah pada tahun ini. 

Terbaharu, beliau berkongsi khabar gembira di instagram apabila namanya bakal tersenarai antara Walk of Fame di Adelaide.

“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini.” 

“Nanti kalau ke Adelaide lagi, bolehlah saya ambil gambar dengan Walk Of Fame sendiri, tak sangka sebenarnya.” tulisnya.

Kapsyen itu kini menerima ribuan likes dan dihujani ucapan tahniah oleh para peminat dan rakan artis. 

Kami di Xtra turut berbangga dengan kejayaan Tokti. Semoga terus maju di persada dunia. You truly deserve it, queen❤️

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”