Categories: Trending

Pekerja Asing Wajib Jalani Saringan Covid-19 Mulai 1 Januari Ini

Bagi menangani penularan pandemik, Semua majikan diwajibkan untuk memastikan pekerja asing yang digajikan mereka menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 1 Januari 2021. 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata kos bagi ujian saringan itu akan ditanggung oleh majikan.

“Bagaimanapun, bagi pekerja asing yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), ujian saringan boleh dibuat di klinik yang telah dilantik oleh Perkeso,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Fi bagi Ujian Pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 dijangka dikuatkuasakan dalam masa terdekat dan mana-mana majikan yang gagal mematuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan sewajarnya.


Sumber: BH

Kredit foto: Awani

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”