Categories: Trending

Polis Berjaya Kejar & Tahan Lamborghini Huracan

Kuasa 573 kuda vs kuasa dua kaki seorang polis Jepun. Ya, bunyinya agak mustahil untuk seorang polis yang berbasikal untuk mengejar sebuah Lamborghini namun nampaknya perkara tersebut tidak mustahil di Jepun.

Seorang pemilik sebuah Lamborghini Huracan nampaknya akur untuk berhenti apabila dikejar oleh seorang polis yang hanya menggunakan basikal.

Difahamkan, pemilik Lamborghini itu dikejar apabila dia dikesan membuat satu kesalahan ketika membelok.

Menerusi video yang dimuat naik, kereta terbabit dilihat berada di satu simpang. Kelihatan lampu isyarat hijau bagi mereka yang ingin menuju terus, tapi masih merah bagi mereka yang masih mahu membelok kiri. Bagaimanapun, Lamborghini itu dilihat membelok kiri sejurus selepas pejalan kaki selesai melintasi jalan.

Tidak pasti sama ada dia sengaja ataupun tidak perasan bahawa lampu belum hijau.

Seorang polis yang berbasikal menyaksikan kejadian terbabit dan dengan cepat mengejar kereta terbabit.

Tonton aksi-aksi mendebarkan kejadian itu dibawah:

Tahniah juga kepada polis Jepun kerana lebih mengutamakan undang-undang, biarpun sedar bahawa ‘jenteranya’ itu boleh ditinggalkan dengan sekali tekan sahaja oleh Lamborghini terbabit.

SGMS Enal