Categories: HiburanSelebriti

Saya Juga Berpantang Seperti Ibu Bersalin

Berita keguguran Mia Ahmad pada awal Disember lalu agak mengejutkan orang ramai, apalagi bila kehamilannya tidak diketahui orang. Bagaimanapun Mia akui dirinya sudah tidak bersedih lagi dan menerima ketentuan Ilahi.Berita keguguran Mia Ahmad pada awal Disember lalu agak mengejutkan orang ramai, apalagi bila kehamilannya tidak diketahui orang. Bagaimanapun Mia akui dirinya sudah tidak bersedih lagi dan menerima ketentuan Ilahi.

“Saya tidak mahu berkongsi lebih lanjut mengenai keguguran itu sebab ia kali pertama terjadi dalam hidup saya. Apa yang saya boleh katakan, saya tidak lagi bersedih dan reda dengan takdir yang sudah tertulis buat saya”

“Buat masa ini, saya nak berehat sahaja. Nak jaga makan dan jaga badan saya supaya bertenaga semula. Saya juga melalui proses berpantang seperti wanita lain yang mengalami keguguran. Saya banyak tanya pada ibu dan mertua cara untuk jalani proses itu”

Melalui proses berpantang seperti biasa, Mia memang sengaja tidak berkongsikan apa-apa perkembangan di media sosial kerana bimbang ada yang mempertikaikannya. Yelah, sekarang ramai yang suka menilai dan menghukum sesuka hati sampai trauma Mia dibuatnya.

“Selama 20 hari saya berpantang. Tapi orang tak tahu sebab saya memang tak berkongsi apa-apa di laman sosial. Takut nanti kalau letak gambar pakai stoking atau kapsyen sedang berpantang, ada yang mempertikaikan pula,

SGMS Enal