Categories: Trending

Polis Dedah Punca Kematian Sebenar Nora Anne, Bocor Usus Akibat..

Susulan kematian gadis warganegara Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun yang hilang sewaktu bercuti di The Dusun Hill Pantai, Negeri Sembilan bersama keluarganya berakhir dengan kematian apabila mayatnya dijumpai tidak jauh 1.5 kilometer dari resort penginapannya.

Sukarelawan dan pendaki yang menemui mayat Mayat Nora melaporkan bahawa mayatnya dijumpai dalam keadaan posisi terbaring seakan sedang tidur. 

Hasil bedah siasat dedah punca sebenar kematian Nora Anne

Terbaru, menurut hasil bedah siasat dari pihak polis, punca sebenar kematian Nora Anne adalah berpunca daripada kebocoran usus dan menanggung kelaparan dalam jangka masa yang panjang. Nora juga dikatakan mengalami dehidrasi melampau. 

“Hasil bedah siasat oleh pakar patologi yang memakan masa 10 jam semalam mendapati Nora Anne mati dalam masa dua ke tiga hari sebelum ditemui.”

Polis juga memaklumkan bahawa tiada kesan yang mendapati bahawa gadis itu dirogol, hanya mengalami calar dan luka kecil di kaki.

Proses bedah siasat Nora Anne dilakukan pada 11.45 pagi semalam setelah sukarelawan dan pendaki menemui mayatnya, kira-kira 1.5 kilometer daripada resort penginapan. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”