Categories: Trending

Positif Covid-19, TMJ Kini Sudah Pulih

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan dirinya kini sudah pulih daripada jangkitan COVID-19.

Perkara itu dikongsikan TMJ menerusi ruangan Instagram Story dan turut mendedahkan dirinya mengambil masa dua minggu untuk pulih.

TMJ berkongsi fotonya sedang terbaring di atas katil dan sedang mendapat rawatan.

“Beberapa minggu fizikal dan psikologi berehat, terima kasih atas semua doa. Dua minggu dijangkiti dan sekarang, ‘harimau’ kembali,” tulis TMJ.

Menerusi hantaran terbaru di laman Instagram, TMJ turut berkongsi foto terbaharu dirinya dengan kapsyen ‘The Tiger is back’.

Padin