Categories: Trending

Mamat Khalid Meninggal Dunia

Pengarah terkenal, Mamat Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Mamat atau nama penuhnya, Mohamad Mohd Khalid meninggal dunia di Hospital Slim River, Perak.

Memetik laporan Utusan, khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah.

Menurut Hafiz, Mamat difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub yang terletak di Tanjung Malim sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia,” katanya kepada Utusan.

Menurut laporan Kosmo pula, Mamat menghembuskan nafas terakhirnya akibat masalah jantung

Industri hiburan bagai kehilangan sebutir bintang berharga dan pemergian Mamat yang merupakan pengarah prolifik tanah air pastinya dirasai.

Antara karya popular arahan Mamat ialah Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel, Rock, Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah dan banyak lagi.

Mamat mendirikan rumah tangga dengan dengan isteri, Hasmah Hassan pada 12 April 1987 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Mohd Khalid Zaffa, Nor Sara, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Amen dan Nur Hassanan.

Padin