Categories: FeaturedTrending

“Promosi & Beli Makanan Tepi Jalan” – Sikap Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Disenangi Ramai

Sikap merendah diri Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sememangnya membuatkan dirinya disenangi ramai.

Mungkin kerana mendapat didikan daripada ayahndanya Tuanku Agong dan Raja Permaisuri Agong yang cukup terkenal dengan perwatakan raja berjiwa rakyat.

Terbaru, sebuah posting di Instagram rasmi Tengku Hassanal mendapat perhatian ramai.

Baginda dilihat mempromosi sebuah gerai di pinggir jalan malah turut mencemar duli dan menjamu selera di gerai tersebut.

Baginda mempelawa orang ramai agar mencuba air kelapa asli yang dijual di gerai itu.

Ruangan komen dihujani dengan reaksi positif daripada netizen, ada yang turut bersetuju dengan keenakan air kelapa yang dijual di gerai itu.

Sikap Baginda dilihat sebagai usaha murni untuk membantu peniaga kecil yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Daulat Tuanku!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”