Categories: Trending

Kerajaan Arab Saudi Wajibkan Vaksin Bagi Jemaah Haji

Bakal jemaah haji pada tahun ini wajib mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bagi menunaikan ibadah tersebut di tanah suci mekah.

Menteri Kesihatannya, Dr Tawfiq al-Rabiah, berkata vaksin COVID-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti.

Rabiah bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada jemaah dari luar Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan haji, namun berkata suntikan vaksin adalah syarat utama.

Pada 2020, kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah haji kepada seramai 1,000 orang bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.

Arab Saudi juga memulakan program vaksinasi COVID-19 pada 17 Disember lalu membabitkan vaksin keluaran Moderna, Pfizer dan AstraZeneca. – Agensi

Sumber : BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”